(VIDEO) Anda Mesti Terkejut Beruk Apabila Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Boleh Menjadi Jutawan Dengan Lipas


Mari berkenalan dengan Wang Fuming; seorang usahawan, ahli kaji serangga dan juga pemerhati yang baik. Wang tinggal di Shandong, China. Sejak 16 tahun lepas Wang telah mula menternak lipas secara komersial.

Menurut Wang permintaan untuk lipas adalah tinggi kerana banyak ahli farmasi dan ahli perubatan tradisional di China menggunakan lipas sebagai bahan untuk mengubati berbagai jenis penyakit terutama masalah jantung, paru-paru dan hati.

Malahan, ada antara ahli farmasi menjadikan lipas sebagai ubat untuk menyembuhkan luka dan juga sebagai bahan untuk ubat gigi! Eeewww.. Mari kita saksikan kisah Wang Fuming Si Penternak Lipas ini.


AMARAN! Jika anda sedang makan, sila berhenti dan simpan dulu makanan anda. Siapa sangka lipas yang selalu bawa masalah juga boleh jadi punca rezeki. Mari kita fikirkan apa-apa serangga di Malaysia yang mungkin boleh dikomersialkan macam ni.


Kisah Malang 5 Anak Genius Malaysia,Kemanakah Menghilangnya Mereka?


Semasa kecil, emak beberapa kali mengingatkan saya tentang seorang kanak-kanak genius yang sudah mampu membaca surat khabar di usia tiga tahun. Mohd. Shukri Hadafi, nama diberi.

Ketika itu negara  dihadiahkan dengan seorang kanak-kanak genius yang sudah mampu membaca surat khabar di usia tiga tahun, bernama Mohd. Shukri Hadafi. 



Kanak-kanak genius ini kemudiannya diambil berlakon oleh Jins Shamsuddin di dalam filemnya Menanti Hari Esok (1976/7) . 



Prof. Diraja Ungku Aziz telah mengambil kanak-kanak genius itu sebagai anak angkat bagi membolehkannya mendapat perhatian dan pendidikan yang lebih rapi. 

Bagaimanapun, beliau juga akhirnya melalui detik-detik hitam sepanjang menempuh alam remaja dan dewasa, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita pada akhir 90′an bahawa beliau bekerja sebagai penebar roti canai! 



Ada cerita yang memberitahu beliau menjual kelapa di Padang Terap, malah yang tidak enaknya ialah kisah beliau menjadi penagih dadah.  

Anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz ini terbuang dari kelebihan yang pernah menjadikannya begitu terkenal di seluruh negara. Di mana silapnya?


CHIANG TI MING 

Tak banyak kisah mengenai Chiang Ti Ming yang menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech). Chiang, ketika berumur 15 tahun pada masa itu, bukan sahaja pelajar termuda California Institute of Technology (CalTech). tetapi juga di kalangan “Top 5″ keputusan terbaik. 

Antara kejayaannya, beliau menjadi pelajar termuda yang pernah menerima Anugerah “Undergraduate Students Merit Award” selama dua tahun berturut-turut di CalTech. 

Kerana kepandaiannya yang luar biasa beliau kemudiannya melanjutkan dan berkelulusan doktor falsafah dalam fizik zarah di Cornell Universiti di New York. 

Pada tahun 2002 dia telah dimasukkan ke HKL selepas dikatakan mengalami gejala-gejala kemurungan dan tekanan perasaan yang amat teruk. 

Dia kemudiannya meninggal pada 6 Januari 2007 di Seremban,


Bertuahnya Chan Yao-ban



Bertuahnya Chan Yao-ban, seorang lagi anak kecil istimewa kelahiran Malaysia. Beliau yang kini menjadi pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne. 

Di usia 21 tahun, Chan Yao-ban telah menjadi salah seorang tenaga pengkaji penting di Universiti Melbourne, mengendalikan projek kajian metod statistik bagi mengenalpasti anomaliti protein di dalam otak untuk mendiagnos schizophrenia dan bipolar disorder.


Biar pun lahir di Malaysia, Chan Yao-ban telah dibesarkan di New Zealand. Beliau melalui proses home schooling oleh ibunya, seorang Mikrobiologist dan ayahnya, pengarah di sebuah syarikat industri makanan terkemuka, Heinz.

Chan Yao-ban akhirnya telah berjaya dan bakal memanfaatkan kelebihannya.Sejuk perut mak bapak dia.

 KESIMPULAN 

Justeru itu, kita terfikir apakah malang nasib anak yang genius? 

Mengapa di sebalik kepintaran mereka yang kebanyakan kita fikir akan menjadi aset negara yang terbilang, berakhir dengan episod hitam? 

Dalam kes Shukri, ada yang menyalahkan sistem pendidikan kita yang tidak cukup baik. Sistem pendidikan kita dikatakan tidak cukup menyokong pelajar pintar. Tetapi mengapa Sufiah juga menemui kegagalan. Adakah dia belajar di Malaysia?.. 

Dengan sistem pendidikan yang lebih moden dan tersusun, mengapa Sufiah turut terjerumus dengan pekerjaan keji. 

Memang tidak dapat kita nafikan sistem pendidikan kita, masih perlu dipertingkatkan untuk menyediakan satu ruang pembelajaran yang lebih kondusif untuk pelajar istimewa yang dikurniakan kepintaran luar biasa.

ADY PUTRA ABDUL GHANI 



Teringat kembali kisah pelajar genius Malaysia, kira-kira beberapa tahun lalu kita didedahkan tentang kemunculan seorang lagi pelajar genius Matematik yang berasal dari Bagan Serai, Perak. 

Ady Putra Abdul Ghani yang kini berusia 9 tahun mendapat perhatian luar biasa kerana kebolehannya menyelesaikan soalan matematik peringkat universiti. 

Bagaimanapun, dia kini(ketika itu) berdepan dengan dilema lantaran sistem pendidikan yang dikatakan kurang menyokong kemahirannya. 

Soalnya, apakah Ady Putra mampu mengubah kisah malang yang dilalui oleh Sufiah dan Shukri? 

Yang pasti, seluruh rakyat Malaysia tidak putus-putus mendoakan agar Adi Putra mencapai impiannya bergelar profesor matematik Islam Rakyat Malaysia mendoakan agar Ady Putra mencapai cita-citanya untuk menjadi pakar matematik Islam. 

Bagaimanapun, jika kita renungkan kembali, kita perlu kembali kepada kekuatan pegangan agama. 

Betapa sebenarnya tanpa kekuatan ilmu agama yang kukuh, pasti ramai tersimpang daripada jalan Allah. Ilmu dunia tanpa diperkuatkan dengan ilmu akhirat menyebabkan manusia mudah goyah iman dan pegangannya.

SEKIAN - sumber


Perkongsian Secebis Kisah Pahit Manis "DATO TERLAJAK LARIS" Yang Boleh Dijadikan Tauladan Untuk Kita Semua !!!


Mungkin kerana ramai yang mencari-cari motivasi atau contoh yang boleh diteladani untuk mencapai kejayaan hidup, semestinya kisah Dato’ Aliff Syukri ini adalah terbaik untuk kita sama-sama mengambil pengajaran. Semoga bermanfaat untuk semua...

Ketika pertama kali Dato’ Aliff Syukri muncul di kaca TV dalam program Wanita Hari Ini. Dengan kepetahan mulutnya, penulis tergelak kerana tidak menyangka sehingga ke tahap ‘begitu’ beliau sanggup mempromosikan produk D’Herbs...

Namun, tahukah kita kisah kejayaan anak melayu yang kini bergelar sebagai jutawan ini dengan tagline ‘Terlajak Laris’?

Al-kisahnya:

Saya berasal dari Pahang datang dari keluarga yang susah. Saya gemar berdikari untuk menjayakan dirinya dan enggan duduk di kepompong yang sama....

Pengalaman yang paling bermakna buat saya, saya ingin berniaga tetapi tiada duit. Angan-angan itu besar tetapi tiada duit. Duit dalam simpanan tak usah nampak seribu, ratus-ratus je yang ada. Macam mana nak berniaga? Macam mana nak buka kedai?

Dengan berbekalkan azam yang kuat, saya berniaga dengan cara apa sekali pun. Bermula dari menjual pada kawan-kawan di pejabat. Kemudian membuka gerai di pasar tani setiap minggu. Kadang-kadang, hari sabtu dan ahad saya berniaga di Pasar Tani Seksyen 13, Kelana Jaya & Sri Andalas sebab saya pantang duduk diam.

Saya terkejut dengan sambutan yang bagus bila saya menjual kosmetik. Mula-mula berniaga, dapat RM500, RM600. Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan mulut saya yang macam makcik-makcik ini, saya dapat menarik ramai pelanggan. Daripada sehari RM400, selepas 2 bulan, saya mampu meraih RM2,000 – RM3,000!

Nilai 2-3 ribu memang nilai yang mengejut bagi saya. Sebelum kita berjaya, kita jangan minta tolong orang. Kita usaha dulu!

Walaupun pinjaman saya di bank ditendang, dimaki, diherdik. Malah mereka tak pandang pun saya dan saya amat kecewa ketika itu. Saya dah buat paperwork susah-susah, dah berbulan-bulan saya buat paperwork. Tetapi pegawai bank itu hanya baling paperwork saya dan mengatakan loan saya tak lulus.

Kenapa saya punya loan tak lulus?

Jawab mereka, “awak masih mentah. awak perlukan gurantor, awak perlukan tanah, awak perlukan aset untuk buat loan dan sebagainya.”.

Saya menangis teresak-esak dan saya sedar diri saya begitu kerdil di mata mereka. Ada juga saudara terdekat yang mengatakan:

“alaa Syukri, kau tu takkan boleh berjaya. Kau tu lepasan SPM, masuk universiti pun tak lepas. Kau takkan berjaya Syukri.”

Alhamdulillah, syukur kepada Allah bila ada kawan-kawan terdekat, pelanggan-pelanggan yang memanggil saya ketika membuat bengkel kecantikan di seluruh Malaysia itu, saya hubungi mereka dan saya beritahu hajat saya ingin membuat satu jenama dan ingin berkongsi bersama beliau membantu saya.

Saya panggil mereka dan saya terangkan kertas kerja yang pegawai bank tersebut tak nak layan saya. Dan respon yang diberikan amatlah mengejutkan. Rata-rata yang menyertai mesyuarat yang saya anjurkan, semua berminat dan yakin dengan kewibawaan saya untuk membuat satu jenama...

Duit yang mereka bagi, saya jadikan pelaburan. Saya jadikan modal awal saya dan digabungkan dengan peniagaan pasar tani saya dua tahun itu, dapatlah lebih kurang RM100,000!

Sebab itu hari ini, saya amat menghargai beliau. Saya tak lupa pada Encik Putra, Puan Rohani, abah saya sendiri, Puan Linda, Puan Rina dan semua yang ada pada hari ini. Saya rasa tanpa anda semua pastinya syarikat D’Herbs tidak akan sampai ke tahap ini...

Makin kita tinggi, makin kita tunduk. Jadi saya menyeru kepada semua orang yang ada dekat sini, marilah kita berniaga. Tak kisahlah orang pandang kita apa pun, dan kita perlu bermula daripada bawah. Insha Allah, hasil yang kita berdiri di tapak kaki sendiri lebih bermakna daripada kita menumpang dari hasil orang lain.

Saya mempunyai matlamat saya sendiri untuk berjaya, tidak meniru orang lain. Nama D’Herbs akan sentiasa gah dan kuat di Malaysia ini. Itulah matlamat saya sampai bila-bila. Dan generasi saya akan membesarkan lagi legasi D’Herbs Healthy Sdn Bhd ini. Amin amin ya rabbal alamin.


Beliau juga ada mengeluarkan satu video pengalaman beliau ini yang dilakonkan sendiri oleh beliau. Semoga video ini menjadi pemangkin semangat untuk kita lebih berjaya....


SUMBER : http://ceriterkini.blogspot.com


7 Gambar Pasangan Kekasih Maut Dalam Keadaan Mengerikan Selepas Kereta Terjunam Ke Dalam Gaung Ketika Sedang Melakukan PROJEK !!!


Terletak di sebuah kampung di rantau Donetsk, pantai Laut Azov, sebuah kemalangan ngeri melibatkan pasangan kekasih...

Sebuah kereta kereta di laporkan jatuh dari tebing, melibatkan dua pasangan kekasih, Sergey berusia 19 tahun dari Novoazovsk dan pasangan kekasihnya berusia 20 tahun dari Margarita Gorlovka....

Kemalangan itu mungkin berlaku pada waktu malam, tetapi kereta itu hanya ditemui pada waktu pagi  sekitar 7:30. Pemuda itu di laporkan parah, manakala pasangannya mati di tempat kejadian...

Menurut siasatan polis tempatan kereta ini sebenarnya dalam keadaan terparkir, tapi entah bagaimana kereta ini boleh terjun ke sebuah jurang. Kemungkinannya adalah rem tangan brek tidak berfungsi....

Menurut warga tempatan, kemungkinan sepasang lelaki dan perempuan ini sedang menikmati #se-ks liar di dalam kereta hingga menyebabkan terganggunya brek tangan dan menyebabkan kereta tersebut meluncur ke jurang. Dugaan tersebut dikuatkan dengan keadaan mangsa perempuan ditemui dalam keadaan hampir bo-gel.,..









Suami Terkejut Lalu Meraung Selepas Melihat Keadaan Isterinya Yang Disangka Tidur Selepas Melahirkan Bayi Mereka !!!


Kejadian menyayat hati ini yang berlaku di China merupakan detik-detik apabila seorang suami mendapati isterinya yang disangka sedang menjalani pembedahan selepas melahirkan anak mereka rupanya meninggal dunia dan dibiarkan di atas meja bedah sendirian....

Liu Hsiung, 29, yang kehilangan Zhang Chun, 27, mendakwa sebelum ini dimaklumkan oleh doktor bahawa wanita itu mengalami keadaan kritikal selepas melahirkan anak....

“Saya berulang kali dimaklumkan isteri saya berada dalam bilik bedah. Hanya selepas beberapa jam saya memutuskan untuk masuk ke bilik berkenaan dan betapa terkejutnya saya apabila mendapati mayat isteri saya terbaring di atas katil....

“Tiada doktor atau jururawat di situ, hanya pencuci bangunan yang sedang duduk di situ sambil menghisap rokok dan makan,’’ katanya....

Menurut Lin, dia menjadi hilang akal apabila menyaksikan mayat isterinya manakala pencuci itu pula sedang makan. Susulan itu, Lin mengemukakan saman terhadap pihak hospital di atas kecuaian berkenaan....

Sebab utama mereka membiarkan saya di luar adalah supaya mereka boleh mencari alasan untuk menghapuskan semua bukti yang ada. Saya mahu melihat semua dokumen, rekod perubatan dan mendapatkan kenyataan daripada mereka,’’katanya....

Dalam pada itu, pihak hospital memberitahu, isteri Lin mengalami komplikasi kerana bayi yang dilahirkan besar dan mereka juga menolak pembedahan sebaliknya mahu melahirkan bayi dengan cara normal....


10 Gambar Pencemaran Di CHINA Yang Tidak Sanggup Anda Lihat !!!


Himpunan 10 gambar ini merupakan satu perkara yang kami sendiri tidak sanggup tengok dan bayangkan jika ia betul-betul berlaku di Malaysia. Seteruk-teruk parit di kampung namun kami rasa tidak sampai seperti yang anda bakal lihat seperti di dalam gambar. Jika anda berhati perut, mulakan daripada diri anda sendiri dahulu untuk menjaga alam sekitar....

1. Sampah yang banyak menyebabkan sistem perparitan tersumbat...

2. Sanggup anda seksa lagi sungai yang sudah tercemar sebegini???

3. Anak-anak dibiarkan sebati dengan pencemaran...

4. Serius, gambar ini buat tekak kami kembang...

5. Ini tidak mustahil terjadi kepada Malaysia...

6. Bahan tercemar disalurkan terus ke laut..

7. Ikan mati, seriously kami tidak mampu untuk tengok hingga gambar terakhir...

8. Keadaan begini kami pernah lihat sendiri di Malaysia

9. Pencemaran berterusan dijamin mampu merosakkan ekosistem...

10. Sungai jijik jadi tempat berenang

Semua kerosakan adalah bermula daripada tangan kita sendiri. Cegahlah daripada awal namun kami rasa, alam suka menghukum kita yang selalu terlepas pandang. Jangan dimarahkan alam jika kita yang seksa mereka dahulu....