Filled Under:

Nabil Bongkar Punca Sebenar Enggan Sertai Lagi Maharaja Lawak Mega...


Dalam pada itu, sesuatu yang agak mengejutkan buat peminat Nabil apabila beliau mengumumkan bahawa tahun 2014 adalah tahun terakhir dia menyertai MLM. Katanya, keputusan itu adalah muktamad kerana dia ingin memberikan fokus pada bidang lain pula.

“Saya dah buat keputusan ini adalah tahun terakhir saya dalam MLM, sebab saya mahu memberikan fokus pada perkara lain pula. Tahun lepas saya dapat nombor 5 dan saya rasa tidak ada ruang lagi dalam MLM ini. Bila dah mula MLM 2014 saya macam tak nak masuk, tapi mereka semua bermesyuarat dan terus bercakap supaya saya masuk lagi pada tahun 2014, sebab kata mereka ini adalah bagus untuk perkembangan karier saya. Saya juga siap telefon Dato’ AC bertanyakan padanya adakah perlu untuk saya menyertai MLM, dan dia menjawab saya ialah seorang peserta solo dalam MLM dan akan di tonton oleh berjuta-juta orang, jadi jangan lepaskan peluang,” katanya.

Walaubagaimanapun, Nabil tetap berpuas hati berada di tempat ketiga kerana baginya kerana persaingan pada malam akhir MLM 2014 begitu sengit. Pada mulanya Nabil menjangkakan dia hanya mampu berada ditempat terakhir.

“Alhamdulillah saya bersyukur sekali kerana berjaya dapat tempat ketiga, kerana mula-mulanya saya ingat apabila diumumkan tempat kelima ialah Bocey dan saya mengagak dalam percaturan saya sendiri bahawa saya mesti yang keempat, tetapi sebaliknya saya di tempat ketiga. Saya sangat berpuas hati dan berterima kasih kepada pengundi-pengundi yang telah menyokong saya selama ini,” tambahnya.

sumber