Pengajaran Dari Kisah Sufiyah,Dari Pelajar Pintar Yang Bertukar Kepada Pekerja Seks Yang Patut Semua Tahu

NAMANYA menjadi sebutan dunia apabila lulus dalam peperiksaan matematik A-Level dan diterima memasuki Universiti Oxford ketika berumur 12 tahun.

Selepas tiga tahun di Oxford, Sufiah Yusuf mengejutkan dunia apabila dia menjadi buruan polis selepas melarikan diri dari universiti berkenaan, dipercayai akibat tertekan ekoran masalah keluarganya



Bermula pada tahun 2000 beliau hilang dari universiti, operasi pencarian meluas di seluruh UK sehingga ditemui bekerja sebagai pelayan di kafe internet.

Pada 2008, dunia digemparkan dengan berita Sufiah menjadi pekerja seks pada usia 23 tahun dengan menjual tubuh di Britain dengan nama samaran Shilpa Lee.




KENANGAN…ketika Sufiah menjadi sebutan dunia apabila memasuki Universiti Oxford pada usia 12 tahun.

Tragedi yang melanda gadis genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester.

Sufiah dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara hidupnya yang terumbang-ambing, tidak lama selepas bercerai dengan suaminya, Jonathan Marshall, seorang pelajar jurusan undang-undang yang dikenalinya di Oxford.


Majlis perkahwinan Sufiah dengan Jonathan, pelajar jurusan undang-undang yang dikenalinya ketika belajar di Oxford. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun.

Pendedahan akhbar itu berlaku serentak ketika bapanya, Yusof Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.

Selepas menyepi dengan hidup berpindah randah di UK, Sufiah muncul buat pertama kali di media dalam tempoh hampir tujuh tahun selepas bersetuju ditemubual oleh wartawan TV3, Halizah Hashim di sebuah hotel di Liverpool.

Dalam temubual eksklusif yang disiarkan dalam program Nona pada petang Ahad, Sufiah mengimbas semula episod hitam yang diakuinya membuat dirinya lebih cekal dan tabah.

Sufiah mengaku hubungan dengan keluarganya sudah lama renggang dan menyifatkan keadaan itu adalah lebih baik pada masa ini.

Ibu Cerita Kisah Bagaimana Sufiyah Lari Dari Oxford University Dan Jadi Pekerja S3ks

“Saya harap mereka tenang dalam kehidupan yang harmoni. Saya percaya mereka juga mengharapkan perkara yang sama terhadap saya,” katanya yang mengaku lebih tenang untuk tinggal bersama rakannya.

Ibu Sufiah, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Yusof berasal dari Pakistan.

Sufiah yang kini berusia 30 tahun bagaimanapun berkata, dia tidak kesal dengan cara dia dibesarkan oleh keluarganya dan memilih untuk lagi mahu menyalahkan sesiapa.

Ditebak dengan soalan mengenai kisah hitamnya sebagai pekerja seks, Sufiah mengakui ia adalah pengalaman yang benar-benar mematangkanya sebagai manusia.

Sufiah berkata, dia melakukannya selama bebebera bulan dan berhenti selepas diburu media Britain.

Diugut dan diganggu oleh media adalah pengalaman yang menakutkan. Aksinya dirakamkan secara rahsia oleh wartawan Britain yang menyamar sebagai pelanggan.



Gambar Sufiah sebagai pekerja seks kemudiannya dipamerkan muka-muka hadapan tabloid-tabloid Britain.

“Mereka cuba memberi saya dadah dan menyuruh saya menanggalkan pakaian supaya mereka dapat merakamkan secara rahsia aksi saya di atas katil. Walaupun anda tidak bersetuju dengan pekerjaan saya tetapi cara itu adalah tidak adil sama sekali.

“Ketika saya menjadi buruan media, ia adalah satu keadaan yang tidak masuk akal. Setiap hari saya menerima pebagai emel berbentuk ugutan. Ia sengaja diperbesarkan dan ini agak menakutkan saya yang masih remaja ketika itu.

“Malah masyarakat di sana menganggap mereka berhak menceroboh kehidupan saya. Saat itu saya cukup tertekan terutama cara sesetengah media yang ingin mendapatkan kisah saya. Mengugut untuk saya ditemuramah dan ia pengalaman yang cukup menakutkan,” katanya tenang.





SUFIAH (kiri) ketika ditemubual wartawan TV3, Haliza Hashim di Liverpool baru-baru ini.

Namun, Sufiah mengakui, kisah hitam itu membawa kebaikan untuk dirinya menyesuaikan diri dengan kehidupan di sana.

“Walaupun pada mulanya ia memberi tekanan yang cukup hebat, saya bersyukur kerana akhirnya dapat mempunyai kekuatan untuk menghadapinya,” ujarnya lagi.

Sufiah berkata, sebenarnya bukan dirinya sahaja, tetapi ramai lagi indiviu yang diperhatikan, laporan perubatan mereka diakses, alamat mereka dicari, diugut akan dirakam secara rahsia.




KETIKA ditembual oleh News of The World sekitar tahun 2008. Sufiah mengakui hidupnya tertekan akibat menjadi buruan media.

“Situasi begini cukup menekan, tetapi saya dapat mengatasinya dengan baik,” tambah Sufiah.

Menurut Sufiah, selepas pendedahan media itu, hidupnya menjadi porak-peranda. Dia menyembuyikan diri dengan berpindah beberapa kali dan tidak mahu bertemu dengan sesiapa.

Diajukan soalan kenapa baru kali ini dia bersetuju untuk sekali lagi berdepan dengan media selepas tujuh tahun menghilang, Sufiah berkata, dia sudah benar-benar bersedia untuk bercerita.

“Mungkin saya telah lama tidak bercakap dengan media dan tentunya saya mahukan laporan berita yang lebih baik. Jadi saya ingin berkongsi semula kisah dengan media.

“Ini tidak bermakna kisah yang dikongsi itu menarik minat masyarkat, tetapi ada sesetengahnya yang ingin tahu dan bersimpati dengan kisah saya walaupun mereka tidak mengenali saya. Saya sangat-sangat menghargainya,” jelas Sufiah.


Pada akhir temubual itu, Sufiah bercakap mengenai siapa dirinya pada hari ini.

“Saya tidak lagi berkebolehan atau pintar, saya tiada wang, tiada tempat tinggal, saya sedang mencari kerja sambilan dan saya tiada ijazah. Saya hanya wanita berusia 30 tahun yang membosankan,” katanya.

Sufiah masih merahsiakan di mana dia tainggal, tidak memberitahu di univiersiti mana dia belajar sekarang dan enggan mendedahkan di mana dia bekerja sambilan.

Apa yang pasti, cilik genius matematik yang menjadi kebanggaan negara kini sudah dewasa dan matang.

Kegagalan dan episod hitam telah mendewasakan dan membuat Sufiah lebih cekal dalam melayari bahtera kehidupan yang cukup mencabar.

Sumber: New Malaysian Post.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengajaran daripada kisah Sufiah Yusof si genius cilik ini:

1. Kanak2 yang genius belum tentu berjaya apabila dewasa.

2. Kanak2 yang kurang pandai tidak semestinya akan gagal dewasa.

3. Setiap orang pasti ada titik hitam dalam kehidupan.

4. Setiap orang pasti melakukan kesilapan dan kegagalan dalam hidup.

5. Setiap orang memiliki peluang kedua untuk bangun dan bangkit semula daripada kegagalan. 

6. Jangan terlalu sedih dan merasa rendah diri apabila membaca kisah kejayaan dan kehebatan orang lain.

7. Jangan pula terlalu berbangga dan perbesarkan suatu kehebatan yang kita miliki, kerana semuanya pinjaman dan Tuhan boleh tarik balik pada bila2 masa.

8. Budak yang genius perlu dibimbing dengan baik agar mereka tidak tersimpang jalan.

9. Bijak akademik sahaja tidak semestinya boleh menjadikan seseorang itu kaya.

10. Menjadi orang yang bijak dan pintar tidak menjadi ukuran untuk seseorang mendapat anugerah dan gelaran. 

11. Untuk menjadi kaya, seseorang itu perlu lebih dari sekadar bijak akademik.

12. Ramai orang yang kaya dan hidup dengan senang sekarang ini pun bukannya kerana dia bijak akademik, tapi kerana mak bapak memang sudah kaya, atau ada banyak kabel.

13. Tidak perlu menjadi seorang yang bijak dan genius untuk menjadi seorang pemimpin bahkan seorang menteri. 

14. Negara kita tidak memerlukan orang yang genius sangat pun, kerana akhirnya yang genius ini hanya akan diperap di universiti atau bekerja hanya untuk menurut sahaja dasar2 yang telah dibuat oleh orang yang kurang bijak dari mereka.


-pandangan dari blog buasirotak


Sumber - Kerjaya yang sesuai dengan kelulusan kita


Kisah Benar,,,Gadis Bawah Umur Ketagih Seks Selepas Dirogol !!!


“Pernah ibu bertanya mengenai tanda gigitan cinta di leher, tetapi saya bijak mengatakan digigit semut. Saya percaya ibu tidak mengesyaki apa-apa mengenai perangai buruk saya kerana sibuk menguruskan adik-adik di rumah,” kata anak sulung daripada enam beradik itu....

Mila berkata, ketika dia di Tingkatan Satu, dia pernah lari dari rumah kerana terlalu sayangkan kekasihnya itu dan menjalani hidup bagaikan suami isteri, hinggalah lelaki itu membuangnya daripada hidup dan meninggalkannya di tepi jalan.

KUALA BERANG: “Saya dipaksa melakukan hubungan seks dengannya (kekasih) ketika berusia 13 tahun di dalam semak berhampiran rumah tanpa kerelaan,” demikian pengakuan seorang remaja berusia 17 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mila, ketika menceritakan titik hitam terjebak dalam kancah seks bebas dengan beberapa lelaki.

Noda hitam dalam hidupnya itu akhirnya menyebabkan pelajar di sebuah sekolah di sini ketagihan seks dan sanggup memperdagangkan tubuh untuk keseronokan dan memuaskan nafsu liar, walaupun hakikatnya dia masih di bawah umur. Mila berkata, dia mula melakukan hubungan seks dengan kekasihnya yang berusia 20 tahun ketika dia berada di Tingkatan Satu dan masih meneruskan hubungan terlarang itu bersama beberapa lelaki sehingga kini, walaupun baru mengenalinya.

Dia yang pernah dibuang sekolah kerana bergaduh dan bercium dengan rakan lelaki di sekolahnya menceritakan, ibu bapanya tidak mengetahui kehidupan hitamnya kerana begitu mempercayainya.

“Saya sangat sedih ketika dia meninggalkan saya di tepi jalan seperti sampah selepas kami melakukan hubungan seks. Ketika itu jam 3 pagi dan saya buntu apa patut dilakukan lalu terus menghubungi bapa dan dia mengambil saya. Saya tahu keluarga sangat sedih dengan perangai saya, tapi saya sudah ketagih dan tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya tanpa sebarang riak kesal.

Seorang kawan rapat Mila yang mahu dikenali sebagai Zai, 17, berkata, dia turut ketagih seks selepas melalui episod ngeri dirogol orang tidak dikenali ketika berusia 13 tahun dan sehingga kini, dia sering melakukannya dengan rakan serta senior di sekolah.

“Sejak kejadian hitam itu, saya sering keluar dengan beberapa lelaki dan saya sukakan keseronokan keluar malam hingga tidak balik ke rumah untuk menghilangkan kebosanan. Tragedi noda itu berlaku apabila pada satu hari, teman lelaki saya mengajak keluar dan meminta menunggu di wakaf berhampiran rumah.

“Selepas beberapa jam menunggu dia tidak muncul, sehingga tiba-tiba seorang lelaki datang menawarkan untuk menghantar saya pulang, tetapi dia membawa saya ke dalam semak dan melakukan hubungan seks. Selepas itu dia mengajak melakukannya di sebuah pondok pula. Saya hanya mengikut kerana berada dalam keadaan khayal selepas mengambil pil kuda,” katanya.

Zai yang sehingga kini sudah menukar lebih 20 teman lelaki berkata, dia tidak dapat membendung rasa ketagih melakukan hubungan seks dan kerap melakukannya di rumahnya, meskipun ahli keluarga ada di rumah.Seorang lagi rakannya dikenali sebagai Sara, 16, yang turut mengalami ketagihan seks berkata, dia selalu ke Kuantan, Pahang dan tidur di hotel bersama kekasihnya sehingga dia dibuang keluarga yang malu memiliki anak sepertinya.

“Saya selalu makan pil kuda ketika bersamanya dan apabila berjumpa hubungan kami akan diakhiri dengan seks. Pernah saya tidur di rumah kawan dan ponteng sekolah selama dua minggu....

“Saya juga sering dijadikan ‘lauk’ oleh sekumpulan samseng jalanan. Saya dijadikan ‘hadiah’ kepada lebih 20 samseng jalanan yang menang dalam perlumbaan haram,” katanya selamba....


SUMBER : http://bulletinmedia.blogspot.com


10 Perkara Yang Sangat Diharapkan Oleh Seorang Suami Kepada Seorang Isteri !!!!


Adakalanya isteri terlalu mengharapkan 10 Perkara Paling Diharapkan Isteri dari Suami, tetapi tahukah duhai isteri? Suami juga ada...???

Walaupun seorang lelaki biasanya suka berterus terang ( direct to the point ), tetapi masih ada beberapa perkara yang suami anda atau kaum lelaki susah untuk meluahkannya, tetapi sangat-sangat mahu anda sebagai isteri tahu perkara tersebut. Semoga kata-kata ini dapat Isteri fahami.

Sebenarnya jika kita meluangkan sedikit masa untuk merenung semula apa yang kita lakukan, hasilnya pasti berbaloi. Memang tidak dinafikan dalam perhubungan, suami kadang kala memahami lain dengan apa yang difahami isteri berhubung sesuatu perkara.

Isteri pula suka menganggap suami dapat membaca pemikiran mereka. Apabila keadaan tidak menjadi seperti yang diingini maka pertelingkahan menerpa.Agar suami isteri semakin harmoni dalam rumahtangga hingga terbentuk keluarga sakinah mawaddah wa rahmah, isteri juga perlu tahu bahawa ada 10 Perkara Paling Diharapkan Suami Dari Isteri. Antaranya :

HORMAT

Mungkin ada isteri yang rasa terkejut kerana kajian membuktikan suami mahu lebih dihormati daripada disayangi.Sila berfikir sejenak, anda mungkin mahukan suami mencintai anda tetapi suami sebenarnya mahu anda menghormatinya lebih daripada cinta anda kepadanya. Anda rasa teruk bila suami tidak mencintai? Begitu juga suami akan rasa teruk jika anda tidak menghormatinya.

Apa anda perlu buat? Dalam keadaan ini, jika anda sedang berkomunikasi sebolehnya tunjuk pada suami anda percaya apa yang dilakukan. Berikan dia keyakinan dan dorong dia atas apa yang sedang dia lakukan. Beza antara cinta dan hormat mungkin sedikit tetapi apabila suami mendengar kata-kata isteri seperti “Saya bangga dengan abang”€™, ini sudah membuktikan kasih dan cinta anda padanya...

SELAMAT & CUKUP

Sebenarnya, suami juga mahu rasa selamat dan rasa cukup. Jauh di sudut hati setiap pasangan suami dan isteri, ada rasa tidak selamat dan rasa tidak cukup dengan apa yang ada dalam rumah tangga mereka tidak kira dari sudut kewangan atau kebahagian.

Suami sebenarnya mahu isterinya yakin bahawa dia adalah penyelamat keluarga. Tidak kira penyelamat fizikal mahupun mental, suami memang mahu menjadi ‘HERO’ anda. Sebagai isteri anda seharusnya meletakkan suami sebagai HERO dan penyelamat walau anda tidak merasakan begitu.

Jika anda tidak tahu caranya, pejam mata dan akui kekuatan dan kelemahan masing-masing. Adakalanya suami juga mahukan penghargaan atas usaha kecil mereka, tidak kiralah sama ada kerja di pejabat, bersukan bersama rakan atau sekali sekala membantu di dapur, anda sebagai isteri jangan senyap sahaja.

HUBUNGAN INTIM & EMOSI

Mungkin sesetengah isteri gusar dengan perkataan tersebut tapi hakikatnya itulah yang suami mahukan pada seorang isteri. Hubungan intim dan emosi memang berkait rapat. Bagi suami, hubungan intim adalah salah satu cara merapatkan lagi keintiman suami dan isteri. Ketika hubungan intim, suami mahu memberitahu isteri bahawa dialah yang isteri mahukan. Walau isteri sukar menerima kenyataan ini, tapi €˜keberkesanan komunikasi€™ suami isteri adalah menerusi hubungan intim.

Wanita, tolonglah melihat hubungan intim sebagai yang amat penting dalam rumah tangga, jika anda menganggapnya sebagai €˜”tugas”€™ semata-mata, maka cuba terjemahkanlah kemahuan suami dalam hubungan intim sebagai komunikasi intim seperti yang anda mahukan daripadanya.

JAGA PENAMPILAN

Suami mahukan isteri yang ada penampilan baik. Jika anda fikir suami terima kegemukan anda seadanya, sila fikir sekali lagi. Pemikiran mereka sama sekali tidak sama dengan apa yang anda bayangkan. Walaupun saiz memang bukan ukuran tetapi itu tidak bermakna anda boleh mengabaikan kebersihan diri. Suami pasti seronok mempunyai isteri yang sentiasa bau wangi, kemas yang kelihatan selesa pada pakaian mereka.

TUTUP AURAT

Perkara yang paling penting yang diharapkan suami dari isteri adalah agar isteri menutup aurat. Tidak salah dalam Islam untuk berfesyen mengikuti peredaran zaman, akan tetapi isteri haruslah faham bahawa suami memikul dosa-dosa isteri.

Hentikan berfesyen keterlaluan sehinggakan suami berasa rimas apabila berhadapan dengan khalayak ramai. Di rumah isteri tidak pula isteri berpakaian sebegitu. Adakah pakaian yang cantik itu untuk ditayangkan kepada lelaki diluar sana bukan untuk suami?

ABANG MEMANG TAK TAHU

Tolong jangan anggap suami tahu apa yang isteri sedang fikirkan, sebab “Abang memang tak tahu”

Kebanyakan wanita gemar membuat pasangan berteka teki. Wanita suka menyembunyikan perasaan dan samada sedih , gembira,merajuk dan sebagainya, dengan harapan suami atau pasangan tahu apa yang sedang difikirkan.Contoh bila disoal “ada masalah ke?” Jawapan : “tak ada apa-apa lah”, tetapi sebenarnya “ada”.

Suami lebih suka kalau isteri mintak tolong dengan berkata”bang, mintak tolong basuhkan bilik air!” berbanding “bang, nanti mak ayah nak datang, bilik air dahla tak bersih, saya banyak kerja nak buat, tak sempat nak basuh, abang tolonglaa basuhkan!!”

PERKARA DALAM BILIK TIDUR

Kadang-kadang suami nak juga isteri yang “memulakan” aksi dahulu,selalunya suami yang mula dulu.

Biasanya dalam hubungan suami intim suami isteri, suami yang dulu akan memulakan langkah pertama untuk aksi pada malam tersebut. Jarang sekali isteri yang memulakannya. Sebenarnya ramai suami yang menunggu-nunggu isteri mereka bertindak dulu.

Selain itu, buatkan suprise untuk suami dengan bersembunyi di belakang pintu bilik dan tariklah suami ke dalam bilik. Suami suka isteri yang nakal. Tunjukkan ‘kenakalan” kepada suami. Pasti suami suka!

Kalau nak tidur, suami suka kalau isteri baring dan meletakkan kepala atas dada isteri sambil tangan pun letak di dada suami. Tunjukkan sifat kemanjaan anda sebagai isteri dengan cara di atas. Suami anda akan berasa dia adalah seorang yang dihargai.

HENTIKAN KERAP MEMBEBEL

Jika suami sudah sedar akan kesalahannya, maka isteri tolonglah jangan membebel tentang hal kesalahannya lagi. Sehinggakan suami tidak selesa mendengarnya.

Boleh dikatakan semua lelaki tak suka di bebel,walaupun ada sesetengahnya senyap membisu bila kena bebel dengan isteri. Lelaki biasanya dapat menerima teguran yang sederhana dan berlapik,dan masih dapat menerima teguran dalam bentuk bebelan tetapi akan meninggikan lagi lagi ego mereka.

JIKA SUAMI SUDAH MAKSUDKANNYA

Bila suami kata “sayang pilihlah”, bermakna memang sebenar-benarnya suami nak isteri yang pilih. Jangan di tanya balik kepada suami “Abang nak yang mana ye?”.

Suami biasanya tak berapa cerewet dalam memilih sesuatu untuk di beli berbanding isteri. Pada kebiasaannya suami agak malas untuk membuat pilihan.Sekiranya isteri mendesak untuk suami memilih, biasanya dia akan memilih dengan sambil lewa, asalkan anda berdua beredar dari tempat tersebut.

Isteri tak perlu bertanya suami berkali-kali,”Abang sayang saya tak?”sebab bila suami dah jawab sayang, memang suami maksudkannya.

Selalu isteri bertanya soalan yang sama kepada suami, “Abang sayang saya tak?” suami jawab “Sayangggg”, kemudian tanya lagi “Betul ni sayang?” suami jawab lagi ” Betul, Abang sayang..” kemudian tanya lagi “Betul ? Aahh, tipulah!”. Agaknya, suami nak jawab apa lagi?

ISTERI PANDAI MEMANDU

Perjalanan memandu jauh memang meletihkan, terutama ketika hendak balik kampung di musim perayaan. Alangkah baiknya jika isteri juga pandai memandu. Isteri jangan memberikan alasan semua tanggungjawab digalas di bahu suami. Ini bukan untuk kepentingan suami, tetapi sekiranya berlaku kecemasan, tidakkah akan menjadi kesulitan untuk isteri bantu suami? Paling tidak pun, isteri tahu bagaimana untuk memandu.....


5 Foto Aset Kereta Dan Rumah Mewah Siti Nurhaliza Yang Sungguh Menakjubkan !!!


 Jika ini hakikatnya, pasti ramai yang bersetuju dengan kebenaran laporan terkini yang menyatakan bahawa penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tersenarai sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia...



Siti dilaporkan memiliki jumlah pendapatan melebihi RM4.9 juta hasil jualan album dan meraih lebih RM50 juta daripada hasil keuntungan perniagaannya....



Pemilik jenama produk kecantikan SimplySiti ini mendirikan rumahtanga dengan usahawan terkenal Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006....

Berita tersebut telah dipetik melalui sesawang, SaveMoney.my baru-baru ini yang meletakkan beberapa tokoh terkemuka Malaysia sebagai wanita terkaya di negara ini....

Antaranya ialah isteri mendiang usahawan Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Seri Lee Kim Hua yang mempunyai aset kekayaan paling tinggi (RM21.32 billion) disusuli aktres antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh ($245 juta)....

Tempat keempat pula ialah Pauline Chai iaitu pemilik rangkaian Laura Ashley dan juga bekas Miss Malaysia 1969 yang berpendapatan RM244,568 sebulan. Manakala tempat kelima wanita terkaya Malaysia ialah Datuk Nicol Ann David, pemain squash yang memiliki RM1.4 juta....

Sumber : Myartis







PANAS !!! Zaquan Adha Hantarkan SMS Rindu Kepada Rita Rudaini ???

Siapa pulak yang rindu rinduan dekat Rita Rudaini ni ! Adakah ex-husband dia, Zaquan Adha ataupun scandle baru haaaa.. Jengjengjeng ! Hahaaa macam misteri gitu kan...

Pelakon cantik yang juga ibu kepada dua cahaya mata ni seperti yang korang sedia maklum baru saja selesai kes tuntut nafkah di mahkamah kan. Ala yang dapat RM3k sebulan tu untuk anak dia, tapi still tak cukop lagi tu bagi Rita....



JOM TENGOK ISI KANDUNGAN SMS >>> KLIK DISINI


PELIK !!! Wanita Ini Tidak Pernah Senyum Selama 40 Tahun Demi Menjaga Kulit Muka Dari Berkedut...Jom Lihat Perbezaan Sewaktu Umur 19 Tahun !!!

GAMBAR TERKINI BERUMUR 50 TAHUN


Wanita ini langsung tidak senyum buat selama 40 tahun demi mengelakkan kedutan kulit kelihatan pada wajahnya...

Tess Christian kini berusia 50 tahun, telah mengamalkan teknik ini sejak beliau kanak-kanak lagi. Dia ingin kelihatan sentiasa muda, jadi beliau berpendapat bahawa dengan mengelakkan dirinya senyum mampu menghilangkan garis-garis pada kulit yang akan buatkan dia kelihatan tua...

Jadi, kalau dah tak senyum, muka tu mesti gaya 'poker-face' lah.

Setiap kali berkomunikasi dengan orang lain, dia akan kawal otot dan reaksinya supaya tidak senyum membuatkan orang di sekelilingnya menganggap dia tidak berminat untuk bersembang dan sombong.

Lebih teruk lagi yang dia lakukan bila bayinya baru di lahirkan, dia langsung tidak tersenyum dengan cahaya mata tersebut semata-mata tidak mahu ada kedutan pada wajahnya.

Kesan daripada perbuatan ini, mukanya jelas tiada kedutan dan kelihatan muda. Ia lebih efektif dari penggunaan krim kecantikan dan penggunaan botox....

KLIK SINI UNTUK LIHAT PERBEZAAN PADA UMUR 20 TAHUN




MEMALUKAN !!! Jururawat Tidak Beretika Upload Gambar Selfie Dengan.....!!!!


seorang jururawat dikecam teruk di laman sosial setelah memuat naik gambar selfie dengan limpa seorang remaja di facebook dan kini berhadapan dengan hukuman. Diharap ianya menjadi pengajaran kepada semua supaya berfikir banyak kali sebelum membuat sesuatu keputusan yang memalukan diri sendiri.....

Remaja berusia 16 tahun ini dikatakan cedera teruk setelah terjun  dari sebuah bangunan 8 tingkat dalam cubaan membunuh diri....

Bagaimanapun, jururawat tersebut yang dikenali sebagai Gulnaz Yalalova, 20, bukan sahaja memuat naik foto tersebut malah dia turut mempersendakan remaja perempuan itu bersama rakan-rakannya.
Tindakan Gulnaz berkenaan disifatkan sebagai tidak beretika apatah lagi dia menggelar pesakit berkenaan sebagai ‘275lbs schizo’. Lihat foto jelas di bawah.....