Filled Under:

Tahukah Anda? Inilah 6 Wanita Tercantik Yang Menjadi Fenomena Laman Sosial Pada Tahun 2014


Sesiapa sahaja boleh jadi terkenal kalau mereka jadi viral di media sosial. Sebagaimana yang berlaku kepada 6 wanita dibawah yang jadi cukup popular di media sosial sepanajang tahun 2014.

Memetik sumber info di blog INI, disenaraikan 6 wanita cantik yang bukan dari kalangan selebriti dalam bidang seni yang menjadi popular di internet kerana perkongsian pengguna-pengguna di media sosial sepanjang tahun lepas. Mereka adalah Sabina Altynbekova, Katya Lischina, Natalia Poklonskaya, Yan Jiajun, Noor Hafizah Mohd Idrus dan Nurul Habibah.

Kenapa mereka jadi popular? Jom baca selanjutnya info dibawah:

1 – Sabina Altynbekova



Nama Sabina Altynbekova mula menjadi sebutan pengguna media sosial setelah dia muncul dalam acara Women’s Volleyball Championship di Taiwan pada Julai 2014. Sabina Altynbekova, 18, adalah seorang pemain bola tampar yang sangat jelita dari Kazkhstan. Oleh kerana wajah dan badannya yang cantik, gambar-gambar Sabina Altynbekova mula menjadi sebaran oleh pengguna media sosial di seluruh dunia. Sabina Altynbekovakini kini mempunyai 370 ribu pengikut di Instagram.

2 – Katya Lischina


 Walaupun gadis yang berusia 21 tahun yang berasal dari Rusia ini terkenal dengan nama Katya Lischina, ada juga yang mengatakan nama sebenarnya adalah Liraley Ketskatya. Gambar-gambar Katya Lischina mula menjadi viral di laman 9gag dan menjadi kegilaan ramai pengguna laman web tersebut. Katya Lischina mempunyai satu fanpage di Facebook yang mempunyai peminat seramai hampir 80 ribu.

3 – Natalia Poklonskaya



Natalia Poklonskaya adalah seorang peguam dari Rusia yang menjadi terkenal kerana wajahnya yang cantik. Natalia Poklonskaya mula mendapat perhatian ramai ketika dia muncul di saat perlantikannya sebagai ketua pendakwa di Crimea pada 11 Mac 2014. Ramai peminat-peminatnya mengatakan wajah Natalia Poklonskaya sangat sesuai dijadikan anime sehinggakan banyak lukisan wajahnya dalam bentuk anime timbul di internet.

4 – Yan Jiajun



Kostum tentera yang dipakai Yan Jiajun atau Joyin itu bukanlah sekadar kostum, tetapi ianya adalah pakaian seragam rasmi tentera di China. Yan Jiajun adalah seorang tentera di China dan dia telah dinobatkan sebagai tentera paling cantik di China. Gambar Yan Jiajun mula menjadi viral selepas dipopularkan oleh laman Singapore Seen.

5 – Noor Hafizah Mohd Idrus



Noor Hafizah Mohd Idrus adalah seorang juruterbang Airasia yang menjadi popular bukan sahaja kerana wajahnya yang cantik, malah kerana bidang kerjanya sebagai seorang juruterbang. Mungkin kerana bertudung, ramai yang memuji Hafizah kerana masih lagi menjaga aurat walaupun dia memiliki rupa paras yang cantik. Hafizah mula menjadi popular di Facebook apabila beberapa gambarnya yang diambil didalam dan diluar kapal terbang tersebar.

6 – Nurul Habibah



Nurul Habibah adalah seorang anggota polis jelita dari Indonesia yang dikenali ramai apabila gambarnya dikongsi oleh orang ramai di media sosial. Nurul Habibah pernah dipanggil oleh salah satu stesen tv nasional Indonesia untuk ditemuramah kerana terlalu popular.



sumber